Info Pembangunan Industri Padi

SEKSYEN KAWAL SELIA PADI DAN BERAS

Bahagian Industri Padi dan Beras telah ditubuhkan pada tahun 2005 setelah diselaraskan semula fungsi dan peranannya daripada Bahagian Pembangunan Sumber Industri (PSI) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). Manakala Seksyen Kawal Selia Padi dan Beras telah ditubuhkan pada bulan Julai tahun 1994 setelah Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) korporatkan. Namun pada pada tahun 1999, seksyen ini telah diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN HEP). Walau bagaimanapaun, telah berlaku perubahan berikutan daripada keputusan Pengurusan Tertinggi Kerajaan di mana, Seksyen Kawal Selia Padi dan Beras dan Kawalan Padi dan beras 1994 (Akta 522) dan peraturan-peraturan lain di bawahnya dikekal dibawah bidang kuasa Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dengan bidang-bidang tugas yang telah ditetapkan.

Seksyen Kawal Selia Padi dan Beras diterajui oleh YBhg. Datuk Azman Bin Mahmood selaku Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras dan juga merangkap Setiausaha Bahagian Industri Padi dan Beras. Datuk Azman Bin Mahmood dibantu oleh pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai serta pembantu-pembantu penguatkuasa pelbagai gred dalam mengawal selia industri padi dan beras dan melaksanakan arahan-rahan semasa Kerajaan.

Seksyen Kawal Selia Padi dan Beras beribu pejabat di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan di Putrajaya. Alamat pejabat untuk dihubungi dan untuk sebarang urusan surat menyurat adalah seperti berikut:

  • Ketua Pengarah
  • Seksyen Kawal Selia Padi dan Beras
    Bahagian Pembangunan Industri Padi
    Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
    Aras 2, No. 28 Wisma Tani,
    Presint 4,
    62624 Putrajaya
  • 03-8870 1751 / 1750 / 1739 / 1740 / 1743

Soalan Lazim (FAQ)

Soalan Lazim bagi Sistem Permit padi Beras (eLPPB)

1. LESEN BORONG BERAS
2.LESEN RUNCIT BERAS
3.LESEN IMPORT
4.LESEN EKSPORT
5.LESEN MEMBELI PADI
6.LESEN KILANG PADI

(a) PENGUATKUASAAN AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 (AKTA 522)

(b) PERATURAN-PERATURAN KAWALAN PADI DAN BERAS

1. Pelesenan Pemborong dan Peruncit), 1996 P.U.(A) 624
2. (Pelesenan Pembeli Padi), 1996 P.U.(A) 625
3. (Pelesenan Kilang-Kilang Padi), 1996 P.U.(A) 626
4. (Sekatan Pemindahan Antara Negeri), 1997 P.U.(A) 31
5. (Pelesenan Pengimport Dan Pengeksport), 1994 P.U.(A) 264

(c) PERATURAN PERLU KAWALAN BERAS 1974;
1. Perintah B Perintah Beras (Kawalan Gred Dan Harga), 1992 P.U.(A) 547
2. Perintah Beras (Kawalan Gred Dan Harga), (Pindaan) 1998 P.U.(A) 408
3. Perintah Beras (Kawalan Gred Dan Harga), (Pindaan) 2001 P.U.(A) 183

Jenis-Jenis Lesen Dan Permit serta peraturan yang berkaitan

1. Lesen Borong Beras: Pelesenan Pemborong dan Peruncit,1996 P.U.(A)624
2. Lesen Membeli Padi: Pelesenan Pembeli Padi,1996 P.U.(A) 625
3. Lesen Kilang Padi: Pelesenan Kilang-Kilang Padi,1996 P.U.(A) 626
4. Lesen Import dan Lesen Eksport: Pelesenan Pengimport Dan Pengeksport,1994 P.U.(A) 264
5. Permit Pemindahan: Sekatan Pemindahan Antara Negeri, 1997 P.U.(A)31

Harga-harga maksimum beras jualan secara borong dan runcit
  • HARGA DAN GRED BERAS
  • Berikut merupakan fungsi dan aktiviti bagi setiap penguatkuasaan

    Aktiviti
    1. Pengeluaran Lesen Mengilang Padi dan Pengeluaran Lesen Membeli Padi
    2. Pengeluaran Lesen Menjual Borong Beras
    3. Pengeluaran Lesen Menjual Runcit Beras
    4. Pengeluaran Lesen Import Beras
    5. Pengeluaran Lesen Eksport Beras
    6. Pengeluaran Permit Import Beras
    7. Pengeluaran Permit pemindahan Beras

    Aktiviti
    1. Pemeriksaan Permis
    2. Rondaan / Intipan
    3. Serbuan
    4. Sekatan jalan raya
    5. Operasi khas
    6. Sample pemutuan

    Aktiviti
    1. Siasatan kes
    2. Siasatan aduan
    3. Pendakwaan
    4. Siasatan subsidi

    Aktiviti
    1. Pemeriksaan Permis Simpanan Stokpile.- Mengumpul data dan maklumat berkenaan daya bilangan dan kapasiti
    2. Mengumpul segala maklumat yang diberi oleh BERNAS
    3. Arahan membayar Subsidi di Kilang- kilang

    Aktiviti
    1. Mengurusetia pasukan, petugas khas membenteras penyeludupan beras
    2. Mempengerusi dan mengurusetiakan pasukan kerja dalam pemeriksaan dalam negeri
    3. Mempengerusi dan mengurusetiakan pasukan kerja penerangan

    Aktiviti
    1. Mengumpul segala maklumat berkaitan dengan pengilang dan pengedar padi dan beras seperti stok, harga dan kapasiti
    2. Membuat analisa berkaitan stok, harga, system pengedaran, kapasiti dan sebagainya berkaitan industri padi dan beras
    3. Menyediakan laporan berkala berkaitan dan aktiviti
    4. Pengedaran dan pengilangan padi dan beras
    5. Mengadakan review terhadap prosuder pengeluaran lesen dan permit

    Aktiviti
    1. Menyediakan maklum balas kepada jemaah menteri dan pihak lain
    2. Menyediakan penjelasan berkaitan isu berbangkit

    Aktiviti
    1. Mengurus setia Majlis Perundingan padi dan beras
    2. Mengurusetia Majlis Supply Chain
    3. Perjumpaan dengan pembeli padi