PANDUAN DAN SYARAT MEMOHON LESEN EKSPORT

A. Keterangan Ringkas

Suatu lesen yang dikeluarkan kepada mana-mana pemegang Lesen Borong Beras bagi tujuan pengeksportan produk hiliran beras (Bihun, Kueteow, Laksa, dll yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah Pengawalan Padi dan Beras)


B. Panduan Permohonan

1. Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui laman web berikut:
https://portalelesen.mafs.gov.my


2. Kriteria Kelayakan / Syarat-Syarat Permohonan

Hanya dibuka kepada pemohon yang telah memiliki Lesen Borong Beras yang masih sah tempoh sahaja


3. Dokumen Yang Diperlukan


Bahagian I: Maklumat Asas Syarikat

i. Perniagaan Jenis Enterprise (Milik Tunggal / Perkongsian)

a. Salinan print-out ringkasan maklumat perniagaan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang masih sah tempoh dan menunjukkan jenis perniagaan Beras serta alamat premis yang dipohon.

b. Salinan Borang 1 (I.R.D. No. 7), Borang R22 (Certificate of Registration) dan Extract of Business Names Registration yang masih sah tempoh dan menunjukkan jenis perniagaan Beras bagi negeri Sarawak.

c. Salinan Trading Licence yang masih sah tempoh dan menunjukkan jenis perniagaan Borong bagi negeri Sabah.


ii. Perniagaan Jenis Sdn Bhd / Bhd

a. Salinan Memorandum and Articles of Association (MAA).

b. Salinan print-out ringkasan maklumat perniagaan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang masih sah tempoh.


iii. Perniagaan Jenis Koperasi / Pertubuhan Peladang

a. Salinan Sijil Pendaftaran.

b. Salinan Buku Undang-Undang Kecil Tubuh.

c. Salinan cabutan Minit Mesyuarat yang menunjukkan Ahli Lembaga Pengarah atau Ahli Jawatankuasa bersetuju untuk memohon Lesen Import.


Bahagian II: Maklumat Tambahan

Sesalinan Lesen Borong Beras yang masih sah tempoh.


C. Bayaran

RM200 setahun


D. Kewajipan Pemohon

1. Pelesen hanya dibenarkan mengeksport produk seperti di dalam lesen sahaja.

2. Pemegang Lesen Eksport tidak boleh mempunyai dalam stok berasnya yang lebih daripada had muatan yang ditetapkan dalam lesennya pada satu-satu masa.

3. Lesen yang lengkap ditandatangani dan cop rasmi oleh pemilik lesen hendaklah dipamerkan di tempat yang mudah dilihat di premis perniagaan yang dinyatakan dalam lesen itu.

4. Lesen tidak boleh dipindah milik atau diserah hak kepada orang lain.

5. Pelesen tidak dibenarkan membuat sebarang pindaan pada lesen tanpa kelulusan Ketua Pengarah Pengawalan Padi dan Beras.

6. Pelesen tidak boleh menyetor atau menyimpan di tempat selain daripada yang dinyatakan dalam lesen.

7. Pelesen hendaklah menyelenggara suatu akaun harian bagi aktiviti pengeksportan yang didapati dari pengilangan (mengikut mana yang berkenaan), penjualan dan baki stok dalam tangan. Akaun hendaklah disediakan di premis perniagaan yang berkenaan untuk diperiksa oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa apabila diminta.

8. Lesen hendaklah diperbaharui selewat-lewatnya 30 hari sebelum tamat tempoh sah lesen. Lesen akan terbatal dengan sendirinya selepas tamat tarikh sah tempoh.