PANDUAN DAN SYARAT MEMOHON LESEN RUNCIT

A. Keterangan Ringkas

Suatu lesen yang dikeluarkan kepada mana-mana orang yang berkelayakan untuk menjual beras secara runcit dengan had muatan bermula 10,000kg.


B. Panduan Permohonan


1. Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui laman web berikut:

https://portalelesen.kpkm.gov.my


2. Kriteria Kelayakan / Syarat-Syarat Permohonan

i. Pemohon hendaklah warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas atau syarikat milik warganegara Malaysia sahaja.

ii. Mempunyai premis yang sesuai dan munasabah (terletak di aras bawah,bebas dari kawasan banjir, atau syarikat milik warganegara Malaysia sahaja.

iii. Tiada Lesen Runcit Beras lain yang wujud di alamat yang sama.


3. Dokumen Yang Diperlukan


Bahagian I: Maklumat Asas Syarikat


i. Perniagaan Jenis Enterprise (Milik Tunggal / Perkongsian)

a. Salinan print-out ringkasan maklumat perniagaan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang masih sah tempoh dan menunjukkan jenis perniagaan Beras serta alamat premis yang dipohon.

b. Salinan Borang 1 (I.R.D. No. 7), Borang R22 (Certificate of Registration) dan Extract of Business Names Registration yang masih sah tempoh dan menunjukkan jenis perniagaan Beras bagi negeri Sarawak.

c. Salinan Trading Licence yang masih sah tempoh dan menunjukkan jenis perniagaan Borong bagi negeri Sabah.


ii. Perniagaan Jenis Sdn Bhd / Bhd

a. Salinan Memorandum and Articles of Association (MAA).

b. Salinan print-out ringkasan maklumat perniagaan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang menunjukkan jenis perniagaan Beras serta alamat premis yang dipohon.


iii. Perniagaan Jenis Koperasi / Pertubuhan Peladang

a. Salinan Sijil Pendaftaran.

b. Salinan Buku Undang-Undang Kecil Tubuh.

c. Salinan cabutan Minit Mesyuarat yang menunjukkan Ahli Lembaga Pengarah atau Ahli Jawatankuasa bersetuju untuk memohon Lesen Runcit Beras dengan menyatakan peruntukan modal bagi menjalankan perniagaan tersebut.


Bahagian II: Maklumat Tambahan

i. Salinan surat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tempatan yang membenarkan perniagaan dijalankan di alamat tersebut (jika berkaitan).


C. Bayaran

1. RM20 setahun bagi 10,000kg yang pertama atau mana-mana bahagian daripadanya.

2. RM10 setahun bagi setiap 10,000kg berikutnya atau mana-mana bahagian daripadanya.


D. Kewajipan Pemohon

1. Pelesen hendaklah melekatkan label atau tag yang menunjukkan gred dan harga beras pada kampit atau bekas beras berkenaan yang ditawarkan untuk jualan dan hendaklah dipamerkan di tempat yang mudah dilihat di premis perniagaan tersebut.

2. Pemegang Lesen Runcit Beras tidak boleh mempunyai dalam stok berasnya yang lebih daripada had muatan yang ditetapkan dalam lesennya pada satu-satu masa.

3. Lesen yang lengkap ditandatangani dan cop rasmi oleh pemilik lesen hendaklah dipamerkan di tempat yang mudah dilihat di premis perniagaan yang dinyatakan dalam lesen itu.

4. Lesen tidak boleh dipindah milik atau diserah hak kepada orang lain.

5. Pelesen tidak dibenarkan membuat sebarang pindaan pada lesen tanpa kelulusan Ketua Pengarah Pengawalan Padi dan Beras.

6. Pelesen tidak boleh menyetor atau menyimpan beras di tempat selain daripada yang dinyatakan dalam lesen.

7. Pelesen hendaklah menyediakan suatu akaun harian bagi beras yang diperolehi atau dibeli yang disokong dengan invois, jumlah jualan dan stok dalam tangan.

8. Lesen hendaklah diperbaharui selewat-lewatnya 30 hari sebelum tamat tempoh sah lesen. Lesen akan terbatal dengan sendirinya selepas tamat tarikh sah tempoh.